Pages

PENGENALAN

          Tafsiran yang salah mengenai konsep isipadu cecair sering dihadapi oleh murid terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada ketinggian bekas dan bukannya kepada kapasiti sesuatu bekas tersebut. Justeru, guru perlulah tahu dan lebih berhati-hati bagi memastikan murid dapat memahami konsep ini dengan berkesan.

          Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti atau muatan. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama. 




Langkah-langkah perkembangan konsep bagi isipadu cecair Tahun 2.
  1.  Mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair.
  2. Terus membuat perbandingan isipadu cecair. 
  3. Tidak langsung membuat perbandingan isipadu cecair melalui rujukan.
  4. Mengenalpasti benda yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair.
  5. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran bukan piawai.
  6. Memperkenalkan ukuran piawai untuk isipadu cecair.
  7. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai dalam liter.
 
 

BAHAN BANTU MENGAJAR

     Bahan Bantu Mengajar (BBM) dapat memberi kefahaman dan kejelasan tentang sesuatu tajuk. Ini kerana sesuatu konsep akan lebih mudah dikuasai dengan penggunaan bahan konkrit berbanding lisan. Oleh yang demikian, guru perlu menyesuaikan bahan bantu mengajar dan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid.

BBM untuk aktiviti kumpulan cerdas.
  1. Silinder penyukat
  2. Mangkuk 
  3. Botol
  4. Gelas
  5. Teko
  6. Jag
  7. Borang bacaan ukuran



BBM untuk aktiviti kumpulan lemah.
  1. Mangkuk
  2. Gelas
  3. Sudu
  4. Satu jag air
  5. Borang rekod sukatan

 

RUJUKAN


Mok Soon Sang. (1997). Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran. Kuala 
          Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat. (2010). HBMT2103 Teaching  
          Mathematics in Year Two. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Lee Tak Sing, Lean Kee Fong & Azizah Binti Haji Tengah. (2003).  
          Mathematics Year 2 Activity Book Part 2. Selangor : Swan Printing 
          Sdn. Bhd.

Liew Su Tim & Cham Juat Eng. (2003). Mathematics Year 2 Activity Book 
          Part 2. Selangor : Nur Niaga Sdn. Bhd.




PENGENALAN

          Tafsiran yang salah mengenai konsep isipadu cecair sering dihadapi oleh murid terutama semasa membuat perbandingan tentang kapasiti di antara dua buah bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Murid sering membuat perbandingan berdasarkan kepada ketinggian bekas dan bukannya kepada kapasiti sesuatu bekas tersebut. Justeru, guru perlulah tahu dan lebih berhati-hati bagi memastikan murid dapat memahami konsep ini dengan berkesan.

           Isipadu cecair merujuk kepada banyaknya cecair di dalam sesuatu bekas. Jumlah cecair yang boleh memenuhi sesuatu bekas disebut kapasiti atau muatan. Bekas yang berlainan bentuk dan saiz mungkin mempunyai kapasiti yang sama. 



Langkah-langkah perkembangan konsep bagi isipadu cecair Tahun 2.
  1.  Mengenalpasti kedudukan asal isipadu cecair.
  2. Terus membuat perbandingan isipadu cecair. 
  3. Tidak langsung membuat perbandingan isipadu cecair melalui rujukan.
  4. Mengenalpasti benda yang digunakan untuk mengukur isipadu cecair.
  5. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran bukan piawai.
  6. Memperkenalkan ukuran piawai untuk isipadu cecair.
  7. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran piawai dalam liter.


PENUTUP

          Mengukur atau menyukat adalah satu proses untuk menunjukkan kedudukan asal objek yang hendak disukat. Satu tajuk yang dipelajari dalam pembelajaran Matematik KBSR Tahun 2 ialah menyukat isipadu cecair. Tajuk ini menjelaskan isipadu cecair yang disukat menggunakan unit piawai iaitu liter ( l ) dan unit bukan piawai iaitu menggunakan pelbagai jenis bekas. 


          Aktiviti yang berpusatkan murid amat perlu untuk memberi kejelasan tentang sesuatu tajuk yang dipelajari. Untuk itu, guru perlulah bijak merancang aktiviti yang sesuai untuk murid  kumpulan cerdas dan murid kumpulan lemah. Aktiviti yang dilakukan oleh murid dapat memberikan pengalaman yang bermakna dalam hidup mereka.


          Penggunaan alat atau bahan bantu mengajar dalam tajuk isipadu cecair ini dapat memberi kefahaman kepada murid seterusnya memperbetulkan tanggapan yang salah bahawa sesuatu bekas yang tinggi mempunyai kapasiti yang banyak.


AKTIVITI 2

UNTUK KUMPULAN LEMAH

HASIL PEMBELAJARAN :
Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.

BAHAN :
Mangkuk, gelas, sudu, satu jag air dan borang rekod sukatan.



PROSEDUR :
  • Guru membahagikan kelas kepada kumpulan berempat.
  • Lantik seorang hakim dan tiga orang pemain bagi setiap kumpulan.
  • Berikan setiap kumpulan satu set bekas (mangkuk, gelas, sudu) dan satu jag air.
  • Setiap pemain perlu menganggar berapa sudu airkah yang diperlukan untuk memenuhi mangkuk dan gelas.
  • Setiap kumpulan diberi borang untuk mencatat rekod sukatan.

Bekas
Anggaran (bilangan sukatan sudu)
Sukatan sebenar
Pemenang
Pemain A
Pemain B
Pemain C
Mangkuk






Gelas













  • Hakim menceduk air di dalam jag dengan menggunakan sudu (alat sukatan bukan piawai) untuk memenuhkan setiap bekas.
  • Kira bilangan cedukan air daripada sudu yang digunakan untuk setiap bekas.
  • Pemain yang membuat anggaran paling hampir dengan sukatan sebenar dikira pemenang.
  • Murid menulis dapatan mereka seperti catatan di bawah :
        - Isipadu air di dalam mangkuk adalah sama dengan jumlah ____ sudu.
        - Isipadu air di dalam gelas adalah sama dengan jumlah ____ sudu.

    * Pemain boleh menjadi hakim secara bergilir-gilir *

    AKTIVITI 1

    UNTUK KUMPULAN CERDAS

    HASIL PEMBELAJARAN :
    Menyukat isipadu cecair menggunakan unit piawai.

    BAHAN :
    Silinder penyukat, mangkuk, botol, gelas, teko, jag dan borang bacaan ukuran.


    PROSEDUR :
    • Murid diperkenalkan dengan silinder penyukat yang digunakan untuk membaca ukuran isipadu cecair dengan tepat.
    • Guru memperkenalkan unit ukuran isipadu cecair iaitu liter ( l ).
    • Guru membahagikan kelas kepada kumpulan berempat.
    • Lantik seorang pencatat bagi setiap kumpulan untuk merekodkan bacaan ukuran.
    • Beri setiap kumpulan satu set bekas (mangkuk, botol, gelas, teko, jag).
    • Setiap kumpulan mengisi setiap bekas dengan air.
    • Kemudian, mereka mengukur isipadu air dari bekas dengan menggunakan silinder penyukat.
    • Pencatat merekodkan bacaan ukuran di dalam borang yang disediakan.
    Bekas
    Bacaan Ukuran ( l )
    Mangkuk

    Botol

    Gelas

    Teko

    Jag


    • Guru meminta murid menampal rekod bacaan ukuran di dalam buku latihan.
    • Murid merumuskan dapatan mereka seperti catatan di bawah :
              - Isipadu air di dalam mangkuk adalah bersamaan dengan _______ l.
              - Isipadu air di dalam botol adalah bersamaan dengan ________  l.
              - Isipadu air di dalam gelas adalah bersamaan dengan ________  l.
              - Isipadu air di dalam teko adalah bersamaan dengan ________  l. 
              - Isipadu air di dalam jag adalah bersamaan dengan ________  l.

    MENYUKAT ISIPADU CECAIR

            
              Video ini memfokuskan tentang kemahiran utama matematik iaitu membandingkan isipadu dua cecair. Simulasi di dalam video ini menjelaskan tentang konsep sukatan penuh, separuh penuh dan suku penuh dengan menggunakan 'measuring cup'.